Bekas isteri ND Lala, Fauziah Sarman, 55, berkongsi beberapa hantaran di Instagram story seolah-olah menggambarkan situasi dirinya ketika ini.
Diamku bukan tak tahu, hanya menunggu waktu yang tepat saja.
Bukan itu sahaja, ibu kepada Shila Amzah turut mengingatkan tentang kematian akan hadir tepat pada waktunya dan tidak akan terlewat meskipun sedetik.
Fauziah dilihat sering berkongsi petikan ayat menginsafkandan motivasi keagamaan bagi menggambarkan caranya menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Hargailah orang yang kita sayang selagi Allah masih pinjamkan mereka kepada kita. Layan mereka seolah setiap detik adalah kali terakhir bersama.
Terdahulu, bekas suaminya telah bersuara setelah sekian lama dan meminta agar orang ramai tidak menggelar isterinya kini, Siti Munirah sebagai ‘penyondol’.