“Dialog Ceramah Untuk Penonton IQ Rendah” – Baru 2 Hari Ditayang Di Netflix, Mat Kilau Teruk ‘Dihentam’

Hiburan

“Dialog Ceramah Untuk Penonton IQ Rendah” – Baru 2 Hari Ditayang Di Netflix, Mat Kilau Teruk ‘Dihentam’

Biarpun baru saja ditayangkan di platform penstriman, Netflix dua hari yang lalu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah menerima beberapa kritikan daripada orang ramai.

Malah, filem arahan Syamsul Yusof itu juga menjadi tumpuan di platform media sosial, Twitter hingga menjadi trending dengan sebanyak 12,400 ciapan yang dibuat oleh pengguna.

Advertisement

Kebanyakkan penonton yang baru saja menonton filem berkenaan di Netflix meluahkan rasa kecewa dengan kualiti filem berkenaan kerana tidak seperti apa digambarkan oleh penonton yang menontonnya di wayang.

Banyak kritikan yang diterima mengenai filem terbabit dan antaranya adalah sinematografi babak aksi yang didakwa kelihatan ‘serabut’.

Dalam pada masa yang sama, dialog yang diguna pakai dalam Mat Kilau juga dipertikaikan oleh netizen, dimana mereka merasakan ada sesetengah dialog tidak sesuai dengan tahun kejadian berlaku dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

komen netizen

komen netizen

Sedia maklum, filem Mat Kilau telah mencipta sejarah apabila filem terbabit berjaya mengutip jumlah yang tinggi sepanjang sejarah perfileman di tanah air.

Bukan itu saja, selepas 33 hari ditayang di pawagam, filem ini berhasil mengutip sebanyak RM99 juta dan jumlah itu telah mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip sebanyak RM87 juta.

2 years ago

"Cetus Fenomena"- Kelas Silat Terima Ramai Pelajar Lepas Tayangan Filem Mat Kilau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...