Diaju Soal Anak, Isteri Caprice Kata Tunggu Satu Atau Dua Tahun Lagi

Hiburan

Diaju Soal Anak, Isteri Caprice Kata Tunggu Satu Atau Dua Tahun Lagi

Kini menjadi tumpuan orang ramai, isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis nampaknya tidak terlepas dengan soalan-soalan panas netizen.

Terbaru, Farra mendakwa dia telah diajukan soalan mengenai anak hasil perkahwinannya dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Advertisement

Perkara tersebut pada awalnya diajukan kepada Caprice mengenai perancangan mereka berdua untuk menimang cahaya mata.

Namun Caprice meminta peminat di luar sana yang ingin tahu agar terus bertanya kepada isteri tersayangnya itu.

Tenang menjawab soalan netizen, Farra kemudian memaklumkan bahawa mereka berdua mungkin akan menimang cahaya mata dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

Difahamkan juga, penyanyi lagu Baby Sayang itu kini sedang sibuk membina semula empayar perniagaan miliknya yang sedikit merudum setelah pulang dari Amman, Jordan baru-baru ini.

Nampaknya peminat sudah tak sabar nak tengok Caprice junior kan?

Caprice
3 years ago

Anak Tiri Dikatakan Tidak Beradab, Caprice Susah Hati Lihat Isteri Menangis Hadapi Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...