Anak Tiri Dikatakan Tidak Beradab, Caprice Susah Hati Lihat Isteri Menangis Hadapi Kecaman Netizen

Hiburan

Anak Tiri Dikatakan Tidak Beradab, Caprice Susah Hati Lihat Isteri Menangis Hadapi Kecaman Netizen

Penyanyi rap yang baru sahaja bergelar suami, Caprice akhirnya tidak dapat menahan diri untuk bersuara setelah isteri kesayangan, Farra Inalis dikecam netizen gara-gara membiarkan anaknya Aleesya Sofea bergurau kasar dengan bapa tiri.

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, berkata dia susah hati melihat isterinya itu menangis akibat dikecam netizen di mana ada yang menganggap Aleesya sebagai seorang yang tidak beradab.

Advertisement

Kata Caprice, Aleesya hanya berusia lima tahun dan insiden video ‘bermain kepala’ seperti yang tular di media sosial baru-baru ini bukanlah disebabkan Farra tidak pernah menegur sikap anaknya itu.

Advertisement

Bukan salah isteri saya guys. Dia selalu tegur adik (Aleesya) bila main kasar dengan saya. Tapi saya yang biarkan adik berkelakuan begitu.

Ujar penyanyi lagu Baby Sayang ini lagi, netizen boleh mengkritik dia dan isteri namun tidak sepatutnya mengecam Aleesya yang baru sahaja mencecah usia lima tahun.

“Insya-Allah walaupun baru je jadi ayah. Saya akan buat yang terbaik untuk didik dia dan mengajarnya tentang kehidupan.” tulisnya lagi.

Terdahulu, tular video yang memaparkan Caprice tenang melayan anak tirinya itu bermain di bahu dan kepalanya ketika sedang bekerja.

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warga maya malah ada sesetengah yang merasakan tindakan Aleesya sebagai ‘kurang ajar’.

Caprice
3 minggu lalu

Dah Bergelar Bapa 'Segera', Caprice Nak Ajar Anak Tiri Bahasa Inggeris Dan Perancis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. sesetengah netizen ni bodoh, sabor je la.

    November 20, 2021 at 11:35 am

    Alahai aku ingat apa benda la, bukannya dia hempuk ke tonyoh2 kpala daddy dia, dah budak tu didukung mcm tu, scara natural la dia akan pegang kepala tu, tambah plk yg naik tu budak 5thn, dgn natural sifat kanak2, dia pegang la main kepala tu dah plk botak camtu. apa bangang sgt sesetngah netizen ni, tngok anak kau ke sedara ke adik ke, YANG SEKITAR UMUR2 MCM NI ATAU KE BAWAH, msti ada pernah brlaku atau sesekali yg dorng “terusik, atau “trtidak beradab” LEBIH2 LAGI BILA DORNG BERMAIN ATAU EXCITED. Ada otak, boleh fikir la mana situasi yg dikira beradab atau tidak, lagi pulak budak2 kcik macam ni, takyah nilai terlalu sngt dgn kategori tak bradab tu, lain la klau budak kurng ajar ke apa. Ni anak sedara aku main dgn aku, aku usik2 guna kepala aku, dia trgelak2 lps tu ditolaknya kepala aku, ni klau babi2 netizen nmpak kang dia cakap plk anak sedara aku tak bradab, tak ke babi tu pdahal dia dgn anak ke adik pun ada je usik, gurau mcm tu, budak kcik manatau nradab tang mana klau dah stuasi mcm tu, dia ingat main je atau nak manja2. Tegur boleh tp jgn la sewenangnya ckp tak bradab, melainkan mmg betul tak bradab dan kurng ajar, first skali tngok umur budak tu dan tngok stuasi dan sebab, ala mcm kau tak pernah tau smua ni, lagi yg ada anak, adik, sedara kcik2 semua mesti tau dan alami.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...