Anak kepada jutawan kosmetik terkemuka Datuk Seri Vida, Cik B baru-baru ini meluahkan perasaan mengenai kehidupannya di media sosial TikTok.
Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen, bapanya tidak pernah berada di sisinya melainkan bersama ibu.
Dalam hantaran TikTok itu, Cik B memuat naik foto-foto dia bersama ibunya semasa kecil sehingga kini.
Tulis anak gadis itu lagi, “Ayah saya tidak pernah ada untuk saya” dalam kapsyen video tersebut.
Jelasnya lagi, di sebalik perwatakannya dia yang bersahaja dan ‘cool’, dia mempunyai seorang ibu yang cukup hebat.
Di sebalik kanak-kanak yang hebat seperti saya, ada seorang ibu yang luar biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Cik B.
Cik B anak mama yang hebat. – netizen
Tulis netizen, Cik B mempunyai ibu yang hebat dan bertanggungjawab memberikan segala-galanya meskipun tanpa kehadiran seorang suami di sisi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.