“Megah Sangat La Tu” – Netizen Persoal Sarah Hildebrand Tembak Askar Malaysia Atau Amerika Kalau Berperang?

Hiburan

“Megah Sangat La Tu” – Netizen Persoal Sarah Hildebrand Tembak Askar Malaysia Atau Amerika Kalau Berperang?

Pelakon jelita, Sarah Hildebrand sememangnya diketahui telah pun menjadi sebahagian daripada pasukan tentera udara Amerika Syarikat seperti yang dikemaskini di media sosial Instagram miliknya.

Meskipun raut wajahnya kelihatan letih namun Sarah tetap bersemangat menjalani hari-hari di sebalik latihan ketenteraan yang sukar dan perit.

Advertisement
Sarah Hildebrand IGSumber : Instagram  

Meskipun begitu, ruangan komen setiap hantaran media sosial Sarah tidak lepas daripada kritikan peminat dan juga netizen Malaysia.

Kata netizen, Sarah seperti kacang lupakan kulit kerana telah menyertai pasukan tentera luar negara itu.

Malah, ada juga yang berkata bahawa Sarah pastinya akan ‘mengkhianati’ negara Malaysia sekiranya berlaku peperangan dengan negara Uncle Sam itu.

Berikutan itu, muncul pula perdebatan mengenai dakwaan itu dalam kalangan netizen di Instagram Sarah.

Komen IGSumber : Instagram  

Megah la tu jadi Army US. Kasi can la dekat dia.

Kalau perangn nanti dia nak tembak askar US ke askar Malaysia?

Sarah yang merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat tidak boleh menyertai pasukan ketenteraan Malaysia kerana tidak layak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Ada juga yang tampil menjelaskan bahawa peperangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia tidak mungkin akan terjadi kerana hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fadli Salleh
2 years ago

"Terima Kasih Sokong" - Enggan Panjangkan Cerita, Cikgu Fadhli Mohon Maaf Pada Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...