“Dia Tak Maksudkan Isteri Saya Sekarang” – Ajai Komen Isu Nourul Depp Didakwa Merajuk Dengan Anak, Hanya Mampu Pujuk Ayu

Hiburan

“Dia Tak Maksudkan Isteri Saya Sekarang” – Ajai Komen Isu Nourul Depp Didakwa Merajuk Dengan Anak, Hanya Mampu Pujuk Ayu

Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai tampil membuka mulut mengenai isu melibatkan anak sulung, Ayu Nazirah dengan bekas isteri, penyanyi Nourul Depp yang didakwa sedang mengalami masalah.

Ujar Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, dia enggan masuk campur dan berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan kerana menyifatkan ia adalah perkara biasa.

Advertisement

Daripada saya itu adalah hal peribadi di antara ibu dengan anak. Merajuk itu sebenarnya sudah biasa sangat. Saya kira itu perkara standard antara ibu dan anak.

Biasalah kalau Ayu bergaduh dengan maknya, dia akan mengadu dengan saya. Jika Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah tu.

Kata penyanyi itu lagi, dia sebagai bapa ada menasihati Ayu untuk berbaik dengan Nourul kerana dia masih syurga dan darah daging anaknya.

Dalam pada itu, Ajai yang ditemui ketika sidang media Exist X Orkestra di Hotel Tamu, Kuala Lumpur semalam turut menafikan status ‘ibu baru’ yang ditulis Nourul Depp adalah merujuk kepada isterinya kini, Liza Ilias.

Bukan, dia bukan maksudkan isteri saya sekarang, Liza, bukan. Itu orang lain.

Terdahulu, Nourul yang kini menetap di Bali ada berkongsi foto saat dia sedang sarat hamil anak sulungnya itu sekitar 23 tahun yang lalu. Bait-bait penulisan berbaur kekecewaan Nourul dalam hantaran itu telah membuatkan netizen berspekulasi mengenai hubungannya dengan Ayu Nazirah yang seperti mempunyai masalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nourul Depp
8 months ago

"Kami Sakit, Dia Jaga, Ayu Anak Yang Baik" - Nourul Depp Bengang, Minta Netizen Berhenti Buat Spekulasi Bukan-Bukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...