“Dia Siap Suruh Tunjuk Bukti Pemilik..” – 10 Tahun Tinggalkan Rumah ‘Kosong’, Rupanya Warga Asing ‘Syok’ Duduk Secara Haram

Kehidupan

“Dia Siap Suruh Tunjuk Bukti Pemilik..” – 10 Tahun Tinggalkan Rumah ‘Kosong’, Rupanya Warga Asing ‘Syok’ Duduk Secara Haram

Alangkah terkejutnya seorang lelaki ini apabila hadapi detik-detik di mana dia berhadapan dengan warga asing yang duduk di rumah kenalannya secara haram.

Tak pernah sewa selama 10 tahun

Difahamkan daripada Facebook Srilabu Kedah, tuan rumah sama sekali tidak pernah menyewakan rumah itu kepada mana-mana pihak selama 10 tahun.

Advertisement

Pemilik rumah tersebut dikatakan kini berada di negeri Pantai Timur dan akui lebih selesa duduk di kampung berbanding di bandar, disebabkan itu rumah berkenaan dibiarkan ‘kosong’ sejak beli 10 tahun lalu.

Disebabkan itu pemilik rumah meminta agar individu itu uruskan jual beli rumah terbabit.

rumah sewa

Warga asing duduk secara haram

Namun begitu, individu tersebut sememangnya berasa terkejut apabila mendapat terdapat beberapa warga asing duduk di rumah berkenaan secara haram.

Bukan kata saya yang terkejut, pemilik dan kawannya pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu.

Bukan sekadar duduk di rumah tersebut secara percuma, malah mereka turut ‘menyambung’ air dan elektrik secara haram sepanjang tinggal di sana.

rumah sewa

Minta bukti bercakap dengan pemilik rumah

Lebih menguji kesabaran individu tersebut, warga asing yang duduk di rumah kenalannya itu meminta bukti bahawa dia sedang bercakap dengan pemilik rumah pangsapuri tersebut.

Di akhir hantaran, individu berkenaan berkata laporan polis akan dibuat dan satu lagi laporan kepada pihak imigresen juga akan dilakukan berhubung warga asing ceroboh secara haram.

Cabul warga emas
9 months ago

(VIDEO) Terang-Terangan Buka Seluar, Penagih Dadah Warga Asing Cuba Cabul Warga Emas Di Tempat Awam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...