Setelah terjadinya kes seorang individu biadap yang memfitnah selebriti Siti Elizad baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi tampil mempertahankan rakan selebritinya itu.
Menurut Hafidz, melalui pengalamannya yang pernah berlakon bersama Elizad, dia berasakan dia perlu berkongsi sikap sebenar aktress tersebut dan apa yang dikatakan oleh individu tersebut mengenai Elizad sama sekali tidak betul.
Setiap kali penggambaran di rumah, mesti dia (Elizad) akan ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali saya nampak, tapi berkali-kali. Saya nak beritahu benda betul yang saya nampak depan mata. Saya tidak akan cakap kalau tidak nampak dengan mata saya sendiri.
View this post on Instagram
Melalui sidang media drama Bujang Tampan Selamba semalam bersama Kosmo, Hafidz bertindak mempertahankan pelakon wanita tersebut kerana dia merasakan seseorang tiada hak untuk mencampuri hal peribadi orang lain terutamanya soal agama.
Sedia maklum, Elizad baru-baru ini telah nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil keatas seorang individu yang meninggalkan komen hingga membuat Elizad terguris hati sebagai seorang wanita dan isteri.