Peserta Gegar Vaganza musim ke-9, Fuad Rahman tampil mempertahankan teman wanitanya yang juga merupakan penyanyi, Tom selepas dikecam gara-gara didakwa menjadi punca penceraian dengan bekas isterinya.
Menurut Fuad atau nama penuhnya Mohamed Fuad Abdul Rahman, Tom tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan hubungannya bersama isteri kerana mereka juga berpisah dengan baik.
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 43 tahun itu turut menyifatkan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram sebagai seorang yang penyayang dan iklas menjaganya.
Time aku tengah down nak bercerai, nasib baik dia jaga aku, kalau tak aku dah jadi macam dulu.
Malah, Fuad turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Tom dan ahli keluarga lain yang turut bersama dengannya semasa melalui proses penceraian.
Aku terus terang dengan korang, circle of friends aku bukan budak-budak baik, diorang addict ke apa aku tetap kawan.
Namun, bukan mudah untuk seseorang yang sudah pulih dari ketagihan untuk melihat perbuatan tersebut dilalukan didepan mata.
She helped me a lot. Dia selamatkan aku daripada menghisap balik benda-benda tak elok tu. So far, alhamdulillah solat jaga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.