“Dia Sedar Tapi Hanya Terbaring..” Izuan Fitri Belum Tunjuk Perkembangan Positif Selepas Bedah Otak

Hiburan

“Dia Sedar Tapi Hanya Terbaring..” Izuan Fitri Belum Tunjuk Perkembangan Positif Selepas Bedah Otak

Sedia maklum, pelakon remaja, Izuan Fitri telah menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur pada 5 Ogos yang lalu, namun kesihatan beliau masih belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Eina Azman di hospital
3 years ago

"Akhir-Akhir Ini Saya Kurang Sihat.." - Eina Azman Jalani Pembedahan Leher

Advertisement

Ibunya iaitu Nor Abdul Rani berkongsikan perkembangan terkini, dimana pelakon remaja itu telah dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) pada petang Selasa.

Dia sedar tapi adik (nama panggilan Izuan) hanya terbaring di katil sahaja. Kasihan tengok dia pun dah kurus sangat sebab tak makan dan hanya baring di katil.

Izuan Fitri di hospital

Selepas hampir sebulan menjaga pelakon filem Munafik itu, Nor yang juga merupakan ibu tunggal berkata kini berdepan dengan masalah kewangan untuk menampung kos perubatan anak bongsunya itu.

Tambahnya lagi ketika dihubungi oleh mStar, kos perubatan bertambah besar apabila anaknya dipindahkan ke IPR yang memerlukan penyediaan kelengkapan khas untuk pesakit terlantar, susu dan ubat-ubatan.

Mahu tak mahu, saya kena usaha cari duit. Demi kesihatan anak saya, saya akan usaha.

Sekadar info, Izuan mula berjinak dalam industri tanah air sejak kanak-kanak dan pernah juga memenangi beberapa anugerah sebagai pelakon.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...