“Dia Punya Dior Je Dah Sama Dengan Hutang PTPTN Aku” – Netizen Terkejut ‘Ootd’ Cik B Bernilai RM657K

Hiburan

“Dia Punya Dior Je Dah Sama Dengan Hutang PTPTN Aku” – Netizen Terkejut ‘Ootd’ Cik B Bernilai RM657K

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai apabila memuat naik hantaran di media sosial Twitter dan Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi hantaran gambar yang di sunting oleh Beast Lab mendedahkan harga persalinan yang dipakai olehnya.

Advertisement

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah harga dan jenama mewah yang dipakai oleh Cik B termasuk aksesori bernilai lebih RM657,750.

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat harga paling mahal adalah jam tangan Chopard bernilai RM 530,000, diikuti cincin delima Unbranded bernilai RM105,000, hooded sweatshirt jenama Christian Dior berharga RM14,400, kasut RM5,300 scarf RM1,750, dan cincin Versace RM1,300.

Meninjau di ruangan balas, perkongsian Cik B telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya terkedu melihat kemewahan anak kepada usahawan kosmetik itu.

Cik B punya jam je boleh beli sebijik rumah, so jealous. – Netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"From Now Saya Sendiri Akan Manage.." - Khairul Aming Akui Silap Percaya Kawan Jadi Pengurus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...