Semalam, berita mengenai penceraian pelakon veteran Mak Wan bersama suami iaitu Husain Dolah setelah mendirikan rumah tangga hanya 3 bulan menjadi salah satu topik utama di setiap platform portal yang ada.
Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan hal itu, mStar telah menemubual Husain dan beliau berkata sepanjang tempoh mendirikan rumah tangga bersama Mak Wan, ia merupakan episod hitam buat dirinya.
Beliau mendakwa berasa amat tertekan dengan sikap Mak Wan yang dikatakan amat keterlaluan hinggakan tidak menghormati dia sebagai seorang suami.
Apa yang dia cakap dia tak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati.
Biarpun mendakwa Mak Wan seperti itu, Husain enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan yang dilakukan oleh wanita berkenaan hingga runtuhnya rumah tangga yang dibina.
Bukan Husain saja ditemubual, malah anak tunggalnya, Zaiton turut ditanyakan soal perangai bekas ibu tirinya itu dan dia berkata tidak menyangka Mak Wan boleh bersikap seperti itu sedangkan dikaca TV, pelakon itu kelihatan sungguh baik.
Dalam pada masa yang sama, Zaiton turut berkata dia memfailkan saman kepada pelakon drama itu kerana didakwa telah memfitnah mereka.
Sekadar info, Mak Wan Latah mendirikan rumah tangga bersama Husain pada 22 Januari yang lepas di Pejabat Agama Islam, Ipoh, Perak.