Baru-baru ini penyanyi, Shila Amzah telah melancarkan ‘Single‘ terbaharunya berjudul Jauh Hati yang mengisahkan tentang pengalaman pahit dalam kehidupan berumah tangga.
Mengupas dengan lebih lanjut, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 32, menyatakan bahawa lirik lagu ciptaannya itu dihasilkan sehari sebelum dia dan anaknya keluar daripada kediaman yang didiami bersama bekas suami, Haris Idraki.
Lirik dan melodi lagu Jauh Hati saya buat sehari sebelum saya dan anak keluar daripada rumah yang kami tinggal bersama…
…Kalau diamati lirik lagu ini, saya tidak menafikan ia menceritakan mengenai kisah hidup saya. Ia mengisahkan kisah peribadi saya pada ketika itu bersama dia.”
Memetik laporan GEMPAK, Shila turut menjelaskan, bekas suaminya seharusnya berasa bangga kerana kisah hidup mereka diceritakan dalam sebuah lagu.
Saya tahu dia macam mana, mustahil dia nak rasa tak puas hati dengan saya. Kalau dia tahu lagu ini saya tulis berkenaan dengan kisah hidup bersama dia, dia patut rasa bangga. Sebab siapa je nak tulis lagu pasal dia.”
Sekadar info, Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun berpisah pada Februari 2022.
Pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.