“Saya Okey Je” – Shila Amzah Tak Kisah Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Masih Jadi Bualan

Hiburan

“Saya Okey Je” – Shila Amzah Tak Kisah Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Masih Jadi Bualan

Penyanyi Shila Amzah tampil memberitahu bahawa dia tidak mengetahui kehadiran bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad ketika persembahannya di Konsert Gegar Vaganza Musim ke-9.

Menurut sumber, Shila menerangkan tiada masalah dengan kedatangan pelakon itu dan hanya bersikap profesional kerana kisah percintaannya berlaku 10 tahun lalu.

Advertisement

Saya ada dengar ura-ura mengatakan dia akan datang dan saya okey je. Saya tiada masalah apa-apa, saya yang bertanding dan bukannya dia. Kisah saya dan dia dah 10 tahun pun.”

Tambahnya lagi, sebagai anak seni dia tidak terlepas dari menjadi perhatian media dan sudah lali dengan keadaan tersebut.

Dalam pada itu, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang masih berkata tentang sejarahnya bersama Sharnaaz.

Saya tak nak salahkan orang yang masih berkata tentang itu, mereka masih ingat dengan jelas, tak kan saya nak pergi dekat mereka minta tolong mereka lupakan.”

Sekadar info, Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan bersama Sharnaaz sekitar tahun 2013 namun terputus di tengah jalan akibat halangan keluarga.

2 bulan lalu

"Datang Support Ex Ke Tu?" - Hadir Beri Sokongan Untuk Shila Amzah, Peminat 'Usik' Sharnaaz Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...