Baru-baru ini, luahan hati seorang pendidik iaitu Mohd Fadli Salleh mengenai silibus pelajaran di sekolah yang terlalu padat selain isu-isu seperti beg berat dan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas.
Menurut Fadhli, hanya kerana pendapatnya itu dipaparkan di media sosial Facebook, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuangnya dari pekerjaan sebagai seorang guru.
Perkara itu difahamkan telah mendapat perhatian Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin iaitu Menteri Pendidikan Malaysia dan memintanya untuk bersemuka bagi membincangkan hal itu.
Netizen juga tidak ketinggalan memberikan pendapat dan rata-ratanya bersetuju dengan isu yang diutarakan Fadhli di Facebook miliknya.
Ada juga yang berseloroh memetik nama penyanyi rap terkemuka, Caprice agar tidak mengulas mengenai isu semasa yang ‘panas’ dibincangkan di media sosial.
?? bagus cikgu!!! ? HAHAHA pic.twitter.com/HQv15uhB3v
— ??? (@anne_nma) October 16, 2022
Akui Fadli, Caprice ada cuba untuk mengulas dan konon-kononnya berhasrat untuk ‘cover’ isu tersebut namun tidak dilayan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen meminta agar Fadli untuk tidak ‘melayan’ permintaan Caprice kerana ia seperti ‘mengangguk di air yang keruh’ semata-mata.
Apa sumbangan dia (Caprice) kat masyarakat. Sana sini sibuk, nak jadi YB ke macam mana? Tak faham la. – netizen
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.