Baru-baru ini, tular di Facebook perkongsian seorang wanita yang membatalkan tempahan pakej baju pengantin ‘custom made’ pada saat-saat akhir.
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya tidak berpuas hati dengan hasil daripada butik pengantin itu yang terletak di Melaka.
Menerusi entri tersebut, antara perkara yang dibangkitkan adalah warna baju yang tidak sama seperti diminta, pemilihan kain dan beberapa isu lain. Malah, menurutnya baju dari butik itu seperti ‘hello kitty’ dan membuatkannya nampak ‘berisi’.
Aku deal awal gila and hasilnya macam tu? Dia nak aku pakai baju hello kitty naik atas pelamin?”
Disebabkan itu, dia membuat keputusan ‘gila’ dengan membatalkan pakej berkenaan 17 hari sebelum majlis persandingannya berlangsung.
Baca perkongsian penuh di sini:
Selepas perkongsian itu tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, pihak butik pengantin itu tampil memberikan kenyataan balas.
Berdasarkan entri di Facebook, individu yang mewakili butik itu telah menjawab 7 isu berbeza yang dibangkitkan oleh pelanggannya.
Katanya, butik perlu menanggung kerugian disebabkan pengantin itu membatalkan tempahannya pada saat akhir.
Dia turut akui tidak takut untuk menjawab kerana pihaknya bercakap benar. Baca penjelasannya di bawah:
Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang profesional dan semoga kedua-dua pihak dapat mencapai penyelesaian yang terbaik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.