Pelakon dan model wanita Malaysia, Julia Farhana Marin mendedahkan dia pernah mengalami gangguan seksual ketika sedang menghadiri sesi uji bakat bersama seorang pengarah terkenal.
Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, ketika sampai di lokasi pada jam 8 malam, keadaan pada waktu itu agak sunyi dan sepi.
Masa saya masuk ke dalam bilik, saya toleh ke belakang dan tengok pengarah tu tutup dan terus kunci pintu.
Bukan itu sahaja, Juliana memaklumkan sepanjang sesi uji bakat itu berlangsung, dia diarahkan untuk berlakon watak sebagai seorang penggoda.
Jadi, saya bermonolog watak tu tapi pengarah tu secara spesifik minta saya untuk menggodanya.
Malah, isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum itu berkata apabila dia berkongsi pengalaman terkena gangguan seksual, ada segelintir pihak yang menyalahkan dirinya kerana pergi ke uji bakat tersebut pada waktu malam.
Salah awak lah, awak pergi casting sana pukul 8 malam sorang-sorang buat apa?
Sebab saya ingat industri ini selamat, dan saya ingat saya boleh percaya lelaki yang dah ada anak, atau mungkin anak perempuan. Jadi, kenapa lakukan perkara sebegitu kepada kaum wanita?
Julia mendedahkan insiden tersebut menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh pelakon jelita, Amelia Henderson.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.