“Dia Melawak Ke Betul-Betul..” – Individu Dikecam, Dakwa Ada Kalimah ‘Allah’ Di Label Pakaian ‘We Bare Bears’

Kehidupan

“Dia Melawak Ke Betul-Betul..” – Individu Dikecam, Dakwa Ada Kalimah ‘Allah’ Di Label Pakaian ‘We Bare Bears’

Baru-baru ini, tular dia media sosial berkenaan satu dakwaan yang dibuat oleh individu yang menyatakan terdapat kalimah Allah pada logo siri animasi terkenal ‘We Bare Bears’.

Berhati-hati beli baju

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di group Facebook Kuala Terengganu Residen, individu ini meminta agar orang ramai berhati-hati ketika membeli pakaian anak-anak mereka.

Advertisement

Kenyataan tersebut disertakan sekali dengan dua keping gambar yang menunjukkan label baju yang tertera logo siri animasi dari Amerika Syarikat itu. Individu itu mendakwa kalimah itu boleh dilihat di perkataan ‘We’ pada logo tersebut.

Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu, kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC tu molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok betul tag di baju.

 

Baju ini saya beli dekat KTCC. Cuba korang tengok betul-betul lambang tu, memang betul nama Allah SWT.

Komen netizen

Namun begitu, netizen pula beranggapan hal tersebut sesuatu perkara remeh yang jadikan isu oleh individu terbabit. Segelintir daripada mereka turut menasihatinya agar tidak terburu-buru mengeluarkan dakwaan tanpa mencari tahu perkara sebenar.

Dia melawak ke betul-betul ni?

 

Nanti orang keji marah pulak, cuba buka mata besar sikit.

kalimah

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

verns
4 weeks ago

"Tiada Niat Nak Perlekeh Atau Hina" - Isu Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Jenama Vern's Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...