Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkata tidak mustahil mana-mana pelakon lelaki yang mudah jatuh cinta akan ‘in love’ dengan Sophia AlBarakbah.
Menurutnya yang pernah bergandingan dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada 2021 , ia kerana aktres berusia 29 tahun itu mempunyai personaliti yang baik dan karakternya manja serta soft spoken.
Bagi saya dia seorang wanita yang baik. Dalam karakter atau pun di luar karakter, dia pun manja juga, Kalau orang yang senang terasa mungkin akan ‘in love’.”
@f8buzz @sophiaalbarakbah baik & manja, senang jatuh cinta dengannya kata @aerilzafrel8 ??? #WawaZainal tgk ni! ??? Vid penuh YT@f8buzz #aerilzafrel
Tegas Aeril, itu hanyalah pendapatnya sahaja dan bagi dirinya sendiri pula dia akan sentiasa ‘transparent’ dengan heroin yang digandingkan dengannya.
Tambahnya, dia akan memberitahu pelakon wanita yang digandingkan bersamanya bahawa ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen sahaja.
Berkongsi lebih lanjut, kata Aeril dia lebih senang untuk berterus terang kerana sebelum ini pernah ada pelakon wanita yang salah sangka dengannya.
Saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin (tidak didedahkan siapa) mendakwa saya nak ‘try’ dia.”