“Dia Macam Tak Sedar Perbuatannya” – Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Dicekik Abang Kandung, Ibu Nampak Melalui CCTV

Kehidupan

“Dia Macam Tak Sedar Perbuatannya” – Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Dicekik Abang Kandung, Ibu Nampak Melalui CCTV

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut dipercayai akibat dicekik oleh abang kandungnya di umah eluarga mereka di Kampung Bukit Piatu, Melaka.

Kejadian berlaku pada ja 12 tengah hari tadi dan ketika itu hanya mangsa dan suspek sahaja yang ada di rumah berkenaan sementara kedua ibu bapa mereka keluar bekerja.

Advertisement

Difahamkan mangsa sepatutnya ke sekolah namun tidak hadirkan diri kerana berasa kurang sihat jadi dia duduk di rumah bersama suspek berusia 14 tahun.

Menurut saksi kejadian yang juga merupakan jiran keluarga itu, kejadian tersebut disedari oleh ibu dua beradik itu menerusia kamera litar tertutuo (CCTV) yang boleh diakses di telefon pintar.

rumah

Ibu mereka kemudian meminta bantuan jiran berusia 31 tahun itu untuk memeriksa keadaan kerana ternampak si abang sedang mencekik adiknya.

Sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, saya menjerit bila nampak si abang sedang mencekik leher adiknya yang telah pucat dan dipercayai tidak bernyawa.”

Dia kemudian menjerit dan terus menepis tangan si abang dan menurutnya ketika itu suspek kelihatan seolah-olah tidak sedar dengan perbuatannya itu.

Saksi juga turut mendakwa suspek mungkin bertindak sedemikian selepas tidak boleh mengawal diri berkemungkinan akibat dirasuk.

saksi

Difahamkan, suspek mengalami trauma selepas menjadi mangsa buli di sekolah dan meracau baru-baru ini namun sudah sembuh.

Saya tak sangka kejadian berlaku depan mata kerana abangnya sebelum ini memang budak baik. Dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan pernah meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa berubat.”

Sementara itu, polis berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan selain perlu menjaga sensitiviti keluarga.

kes tikam 13 kali
10 months ago

Cemburu Ada 'Boyfriend' Baru, Lelaki 51 Tahun Tikam Bekas Isteri 13 Kali Sebelum Tikam Diri Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...