“Dia Lah Yang Buat Saya Ada Di Tempat Sekarang” – Shuhada Akui Puteri Sarah Jadi Asbab Berani Pertahankan Diri

Hiburan

“Dia Lah Yang Buat Saya Ada Di Tempat Sekarang” – Shuhada Akui Puteri Sarah Jadi Asbab Berani Pertahankan Diri

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui ada berhubung dengan Nurul Shuhada Mat Shukri untuk berkongsi langkah yang perlu dilakukan dari segi undang-undang sekiranya isteri berdepan ketidakadilan dalam rumah tangga.

Menurut isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu, Shuhada ada menghubunginya menerusi media sosial Instagram sewaktu dia sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah Suci.

Advertisement

Sejak daripada itu, Sarah memaklumkan dia memberi bimbingan dan nasihat peguamnya kepada Shuhada.

Terkini, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu mengakui bahawa Puteri Sarah adalah sebab mengapa dia berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan diri.

Dia adalah orang pertama yang buat saya berada di tempat sekarang.

Bukan itu sahaja, Shuhada atau lebih mesra disapa Shu turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pelakon itu yang turut berdepan situasi sama apabila rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Terima kasih kak Puteri Sarah (tulis sambil air mata mengalir seperti darah turun dua hari lepas).

Terdahulu, Hafidz didakwa menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali sehingga dia terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib jep sepahtu
1 year ago

"Minta Maaf Dan Tolong Buang Nama Sepahtu" - 'Join' Kumpulan Ubi, Peminat Kecewa Dengan Shuib?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...