“Minta Maaf Dan Tolong Buang Nama Sepahtu” – ‘Join’ Kumpulan Ubi, Peminat Kecewa Dengan Shuib?

Hiburan

“Minta Maaf Dan Tolong Buang Nama Sepahtu” – ‘Join’ Kumpulan Ubi, Peminat Kecewa Dengan Shuib?

Gara-gara pendedahan pelawak dan juga penyampai radio, Jep Sepahtu mengenai kemelut yang berlaku antara Shuib yang dikatakan ‘merajuk’ dan enggan lagi menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL), pengasas minuman Bubble Bee itu dikecam segelintir netizen.

Sebelum ini, Jep mendedahkan bahawa Shuib sebenarnya digantung daripada membuat persembahan berikutan insiden lawak lucah dalam salah satu episod SRL.

Advertisement

Shuib dikatakan masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan pihak penerbit dan membiarkan SRL ‘tergantung’ kerana dia ada memaklumkan untuk berehat dari dunia seni namun masih menyertai beberapa rancangan hiburan dan bergelar penyampai radio.

Shuib kini bergelar salah seorang daripada kumpulan lawak Ubi bersama Ajak Shiro, Fad, Sharif dan juga Namie.

Berikutan kata dua yang diuar-uarkan Jep itu, sesetengah netizen merasakan bahawa Shuib sepatutnya tampil memohon maaf kepada kumpulan Sepahtu dan menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi, bukannya memutar belit cerita.

Komen ShuibSumber : Instagram  
Komen SHuibSumber : Instagram  

Malah, ada yang meminta Shuib untuk membuang nama Sepahtu yang telah membantunya untuk menjadi seorang selebriti, suatu ketika dahulu.

shuib sepahtu
1 year ago

"Tak Adil Penonton Bandingkan Ubi Superstar Live Dengan Sepahtu Reunion.." - Shuib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...