Sebelum ini, penyanyi Ameng berpendapat cadangan Yasin Sulaiman supaya kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula sememangnya tidak wajar dilakukan kerana ganja juga tergolong dalam kategori mengkhayalkan.
Susulan itu, Yasin kesal dengan pendapat Ameng dan meminta penyanyi berkenaan untuk melakukan kajian lebih terperinci sebelum membantah cadangannya itu.
Yasin turut merasakan Ameng seharusnya berfikir secara dalam dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.
Bila saya dengar apa yang Ameng cakap saya pasti dia ignorant (kurang pengetahuan) mengenai kes yang dihadapinya dulu yang dia tidak tahu.
Penyanyi tersebut meluahkan rasa kesal itu apabila ditemubual selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor.
Sekadar info, Yasin bernasib baik pada 6 Julai 2022 kerana tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.