“Saya Amat Bersyukur” – Yasin Sulaiman Bebas Hukuman Gantung

Berita

“Saya Amat Bersyukur” – Yasin Sulaiman Bebas Hukuman Gantung

Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman menarik nafas lega selepas dia dilepas tanpa dibebaskan setelah Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, hari ini.

Dia dilaporkan dikenakan perintah demikian daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Advertisement

Yasin yang ditemui media berkata bahawa keputusan itu merupakan satu perkembangan positif dan bersyukur dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah itu.

Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya.

Manakala bagi pihak keluarga Yasin, mereka sekeluarga turut bersyukur dengan keputusan yang diberikan mahkamah meskipun tidak dapat beraya bersama pada hari Aidiladhan nanti.

Lapor Harian Metro, pada Rabu, Yasin telah terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepa tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja sebenar 214 gram pada bulan Mac lalu.

Walau bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram di bawah pertuduhan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

yasin sulaiman malaika
5 bulan lalu

"Terubat Rindu" - Yasin Sulaiman Berjumpa Anak Di Penjara, Netizen Luah Rasa Hiba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...