“Dia Kawan Baik Saya..” – Daiyan Trisha Balas Tindakan Netizen ‘Jodohkan’ Dengan Aedy Ashraf

Hiburan

“Dia Kawan Baik Saya..” – Daiyan Trisha Balas Tindakan Netizen ‘Jodohkan’ Dengan Aedy Ashraf

Sejak digadingkan bersama dalam drama Projek: Anchor SPM, di media sosial seringkali dapat dilihat netizen cuba untuk ‘menjodohkan’ pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha bersama pelakon, Aedy Ashraf.

4 years ago

"Kami Memang Rapat Tapi.." Ben Amir Jawab Spekulasi Sedang Bercinta Dengan Daiyan Trisha

Advertisement

Ketika mengulas tentang perkara tersebut, Daiyan berasa ia merupakan suatu perkara yang lucu kerana dia dan Aedy merupakan kawan baik.

Saya dengan Aedy adalah kawan baik. Memang saya ada nampak komen-komen netizen, tapi saya tak bersedia untuk apa-apa (hubungan).

Katanya ketika ditemubual secara maya oleh Harian Metro di pelancaran single terbarunya, Penat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Tambahnya lagi, dia baru saja melalui fasa putus cinta sebulan setengah yang lalu dan fasa penuh kesedihan itulah yang menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan lagu berjudul Penat ini.

Daiyan Trisha

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh peminat Daiyan dan Aedy dimana di dalam video tersebut ia menunjukkan reaksi Aedy ketika ditanya oleh peminat tentang pelakon jelita itu dalam satu video secara langsung.

Jelas kelihatan kekok muka pelakon Budak Tebing 2 apabila ditanya soalan seperti itu dan tambah pula soalan daripada beberapa rakannya yang turut sertai video secara langsung itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...