Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Memang Rapat Tapi..” Ben Amir Jawab Spekulasi Sedang Bercinta Dengan Daiyan Trisha

Pelakon drama Sweet Dreams, Ben Amir baru-baru ini telah mencipta kejayaan apabila memenangi trofi Pelakon TV Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 baru-baru ini.

Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin,30, ketika ditemui media sempat mengucapkan rasa syukur dan terharu di atas sokongan peminat yang tidak putus-putus mengundinya pada malam itu.

Advertisement

Dia yang sebelum ini pernah digosipkan dengan penyanyi Daiyan Trisha juga turut ‘diusik’ sama ada menerima atau tidak ucapan tahniah daripada penyanyi cantik itu.

Tanpa malu-malu, Ben mengakui yang dia ada menerima ucapan istimewa daripada Daiyan menerusi panggilan telefon.

“Ini saya penghargaan buat saya yang sudah lama berlakon. Tapi bagi saya ia adalah satu permulaan kerana banyak lagi watak yang saya inginkan. Daiyan pun ada ucap tahniah, sweet lah dia.. dia ada call dan text juga..”

View this post on Instagram

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

Ben walau bagaimanapun tampil menafikan mengenai desas-desus yang mengatakan dia kini sedang dilamun cinta bersama Daiyan dan hanya menganggap aktres itu hanyalah sebagai teman rapat dan rakan seperjuangan dalam industri.

“Kami kawan rapat, kita dalam industri yang sama dan saya pun banyak belajar daripada dia. Buat masa sekarang saya pun masih kenal-kenal je dengan dia. Belum serius bercinta.. kita masih nak kenal antara satu sama lain,” – Ben Amir

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. imabiz

    November 18, 2020 at 2:38 pm

    semoga ada jodoh..

  2. wan Mohd

    November 18, 2020 at 11:35 am

    ada yg lg menarikkk

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top