Membuli pada ketika ini sudah bukan lagi perkara janggil yang berlaku di kalangan masyarakat. Bukan sahaja dewasa, malah budak-budak sekolah juga sudah semakin ramai yang terjebak dalam gejala ‘kotor’ ini.
Tidak terkecuali dari dibuli, anak perempuan kepada pelawak Shuib Sepahtu juga dibuli oleh teman sekolahnya hingga membuatkannya menangis.
Anak perempuan Shuib yang dikenali sebagai Dekta terlihat sedang memeluk seorang wanita sambil teresak-esak menangis kerana mengadu dirinya dibuli oleh seorang murid yang mengejek ‘padan muka ibu Dekta sudah meninggal’.
Sedia maklum, Allahyarham Siti Sarah kini sudah 8 bulan meninggalkan keluarganya sejak 9 Ogos tahun lalu.
Oleh sebab itu, si pembuli mengambil kesempatan membuli Dekta dengan mengaitkan topik ibunya hingga membuatkan dia terasa hati.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap si pembuli serta ibu bapanya yang tidak mendidik anak tentang adab dan dalam pada masa yang sama, mereka turut memberi kata-kata semangat kepada Dekta agar kekal kuat hadapi ujian ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.