“Heret Ke Katil Bilik Tidur” – Pemain Bola Sepak Liga Tanah Air Ditahan, Didakwa R*gol Gadis 18 Tahun

Berita

“Heret Ke Katil Bilik Tidur” – Pemain Bola Sepak Liga Tanah Air Ditahan, Didakwa R*gol Gadis 18 Tahun

Seorang pemain bola sepak liga tanah air dilaporkan telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan.

Menurut Berita Harian, laporan polis dibuat oleh mangsa berusia 18 tahun dan lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di Kota Bharu, malam Ahad lepas.

Advertisement

Menerusi laporan yang dibuat, mangsa yang berada di rumahnya di Kampung Kijang, Jalan PCB telah keluar dari bilik untuk membuang sampah pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu.

Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.”

Jelas mangsa lagi, dia telah cuba melawan dan menjerit namun tiada seorang pun ahli keluarga di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Remaja terbabit mendakwa telah dirogol pemain bola sepak itu tanpa kerelaannya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan hasil pemeriksaan kesihatan mengesahkan terdapat satu kesan koyakan baru.

Siasatan awal mendapati mangsa kenal dengan suspek yang juga merupakan pelanggan tetap di kedai makan milik ibunya.

Bukan itu sahaja, suspek juga didakwa pernah menghantar mesej berbaur lucah di Whatsapp serta gambar lucah pada tahun lalu, ketika mangsa masih bersekolah.

Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Polis turut merampas baju dan seluar digunakan oleh suspek ketika jenayah dilakukan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Polis Suruh Cuci Bahan Bukti" - Budak 9 Tahun Diperkosa, Ahli Politik Didakwa 'Offer' Duit Untuk 'Tutup Mulut'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...