Selalunya pada hari raya orang selalunya berpakaian lengkap untuk pergi ziarah menziarahi keluarga, tetapi lain pula ceritanya bagi seorang individu ini.
Itulah yang terjadi pada 1 Syawal lepas di mana seorang lelaki ‘kantoi’ mencuri di sebuah kedai serbaneka.
Tambahan pula, yang lebih mengejutkan adalah lelaki berkenaan mencuri kondom membuatkan hari yang suci itu dicemari dengan perbuatan yang tidak baik dan memalukan.
Selain itu, gambar suspek daripada kamera litar tertutup (CCTV) telah tular dan kejadian berkenaan dikatakan berlaku di sebuah kedai serbaneka dekat sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi laporan mStar, foto menunjukkan suspek memakai pakaian baju Melayu lengkap berwarna merah telah ditampal pada pintu dan dinding kaca premis tentang kecurian itu.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata komen berunsur lucu dan ada juga yang membuat spekulasi bahawa lelaki berkenaan malu untuk membayar kondom di kaunter.