“Dia Ditindas Seperti Orang Yang Tak Bermaruah” – Ibu Tampil ‘Back Up’ Shuib, Sokong Tinggal SRL

Hiburan

“Dia Ditindas Seperti Orang Yang Tak Bermaruah” – Ibu Tampil ‘Back Up’ Shuib, Sokong Tinggal SRL

Ibu kepada pelawak Shuib, Salamiah Jalani tampil mempertahankan anaknya itu susulan daripada kenyataan Shuib yang enggan lagi menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL).

Kata Salamiah, dia sebagai ibu menyokong sepenuhnya keputusan anaknya untuk tidak lagi menyertai kumpulan itu kerana pernah dipandang hina seperti orang yang tidak bermaruah oleh sahabatnya sendiri.

Advertisement

Sebagai ibu saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu kerana lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.

Perkara itu dikongsikan Salamiha menerusi satu hantaran di Instagram peribadi miliknya pada hari Khamis.

Dia dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan ‘rakan’ Shuib yang dikatakan menghina Shuib di hadapan orang ramai.

Jelasnya lagi, ketika Shuib di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), anaknya itu dilayan seperti seorang pesalah.

Di mana yang dikatakan sahabat. Bila saat sahabat seperjuangan dikenakan tindakan, tiada sahabat yang mempertahankan.

Malah dia (Shuib) dimaki dan dihina lagi oleh sahabat sendiri di depan orang ramai.

Salamiah juga anaknya itu enggan membuka aib rakan sendiri dan enggan lagi mahu maruahnya terus dipijak sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.

Terdahulu, Jep mendedahkan bahawa Shuib enggan lagi menyertai program SRL kerana di’banned’ produksi TV gara-gara satu lawak berunsur lucah yang dibuat pelawak berkenaan.

Dakwa Jep, Shuib kemudiannya digantung tugas namun sahabatnya itu tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Shuib jep sepahtu
2 years ago

"Minta Maaf Dan Tolong Buang Nama Sepahtu" - 'Join' Kumpulan Ubi, Peminat Kecewa Dengan Shuib?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...