“Dia Dicurangi, Sakit, Depresi, Bercerai..” – Pelbagai Spekulasi Timbul Selepas ‘Menghilang’, Mana Perginya Kate Middleton?

Dunia

“Dia Dicurangi, Sakit, Depresi, Bercerai..” – Pelbagai Spekulasi Timbul Selepas ‘Menghilang’, Mana Perginya Kate Middleton?

Baru-baru ini, foto muka depan sebuah majalah sempena Hari Ibu yang memaparkan wajah Kate Middleton bersama anak-anaknya telah meraih perhatian selepas warganet perasan pakaian di dalam foto terbabit kelihatan aneh.

Disebabkan foto tersebut timbul pelbagai spekulasi yang rancak diperbincangkan mengenai misteri kehilangan Kate Middleton.

Advertisement

Gambar telah diubai suai

Difahamkan, kajian terperinci mengenai gambar terbaru Princess of Wales itu menunjukkan piksel di beberapa bahagian, dimana ia merupakan kawasan yang telah diubah dengan sangat ketara.

kate middleton

Namun begitu, permohonan maaf kepada rakyat telah pun dibuat selepas foto yang tular itu menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Seperti kebanyakan jurugambar amatur, saya kadang-kadang bereksperimen dengan penyuntingan.

Buat pembedahan abdomen

Sebelum ini, Istana Kensington mengumumkan bahawa Kate menjalani pembedahan abdomen yang dirancang pada 17 Januari lalu, tetapi maklumat secara terperinci tidak diberikan.

Dalam kenyataan itu juga tertulis pembedahan terbabit berjalan dengan lancar dan Kate akan berehat selama 10 hingga 14 hari sebelum meneruskan proses pemulihan di rumah.

kate middleton

Difahamkan ‘nasihat perubatan semasa’, Kate disarankan untuk tidak membuat kemunculan hingga selepas perayaan Easter iaitu pada 31 Mac ini dan ia merupakan kenyataan awal istana.

Sejak 4 Mac tiada foto terbaru

Selain gambar yang dimuat naik pada Ahad, Kate dikatakan tidak pernah ditemukan di mana-mana acara sejak beberapa bulan ini dan antara foto terbaru memaparkan Kate adalah pada 4 Mac lalu yang diterbikan oleh TMZ.

Disebabkan tidak muncul di penampilan umum, ‘kehilangan’ Kate telah menimbulkan tanda tanya dan pelbagai teori serta spekulasi timbul seperti sama ada Princess of Wales itu hidup atau perkahwinan bersama Prince William dalam masalah.

kate middleton

Lagi ekstrem apabila teori kehilangan Kate dikaitkan dengan seorang bekas peragawati dan rakan baiknya, Rose Handbury yang didakwa menjalin hubungan bersama Prince William.

Bagaimanapun, teori-teori tersebut masih belum dapat dibuktikan lagi dan istana masih berahsia mengenai keberadaan Kate Middleton.

Kate Middleton
2 years ago

Kecoh Di Media Sosial, Wajah Kate Middleton Penuh 'Luka' Dan 'Parut'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...