“Dia Dah Tak Ada Dan Tak Ada Pengganti” – Elak Selagi Boleh, Shuib Tak Mahu Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah

Hiburan

“Dia Dah Tak Ada Dan Tak Ada Pengganti” – Elak Selagi Boleh, Shuib Tak Mahu Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah

Baru-baru ini, tular tentang seorang wanita yang dikatakan mirip seperti Allahyarham Siti Sarah sehinggakan dia dijemput untuk menyambut hari jadi bapa arwah, Raissuddin Hamzah.

Bagaimanapun, ketika ditemu bual oleh wartawan Shuib akui dia tidak sanggup bertemu dengan ‘kembar’ arwah isterinya bernama Emy Nur Faranizah itu.

Advertisement

Kata pelawak berusia 38 tahun itu, memori dan ‘keberadaan’ Siti Sarah masih kuat dalam dirinya sehingga ke hari ini.

Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.”

Menurut Harian Metro, Shuib akui tidak kisah dan tidak melarang jika anak-anak berjumpa dengan Emy.

Dia juga berkata tidak kisah apabila orang ramai menyamakan wajah Emy sama seperti arwah isterinya. Bagi Shuib, ia perkara biasa dan dia percaya bahawa setiap orang ada muka yang sama.

Jelasnya lagi, jika ada yang bertanya sama ada dia mahu berjumpa Emy sekadar suka-suka, dia tidak mahu kerana rindunya pada Siti Sarah tidak akan pernah habis.

 

arwah siti sarah emy wajah seiras
2 years ago

(VIDEO) "Sebak Sangat" - Jumpa 'Kembar' Arwah Siti Sarah, Hajat Raisuddin Tercapai Akhirnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...