(VIDEO) “Sebak Sangat” – Jumpa ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah, Hajat Raisuddin Tercapai Akhirnya

Hiburan

(VIDEO) “Sebak Sangat” – Jumpa ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah, Hajat Raisuddin Tercapai Akhirnya

Jika dahulu, pernah tular di media sosial mengenai seorang wanita yang memiliki wajah seiras dengan penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Wanita yang dikenali sebagai Emy itu khabarnya telah dijemput bagi memberi kejutan kepada bapa arwah Siti Sarah, iaitu Raisuddin Hamzah yang juga merupakan pelakon sempena sambutan hari jadinya, baru-baru ini.

Advertisement

Rakaman video momen-momen ketika perjumpaan itu juga turut dimuat naik isteri kepada Raisuddin, Siti Fatimah Saberi.

Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni.

Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan hari lahir suami.

Dalam pada itu Siti Fatimah yang dikenali sebagai Makder turut mengucapkan terima kasih kepada Emy kerana sudi menerima pelawaannya untuk terlibat dalam majlis kejutan itu.

Dalam video tersebut, Raisuddin kelihatan terkesima melihatkan wajah Emy yang saling tidak tumpah dengan anak kesayangannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasa sebak melihatkan reaksi Raisuddin dan juga anak Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais.

“Uwais duk pandang je wajah Emy. Allahuakbar, rindu seorang anak dan seorang bapa kepada anaknya.” tulis netizen.

6 bulan lalu

"Dah 8 Bulan Ni Kan, Ada Pengganti?" - Netizen 'Panas' Dengar Pertanyaan Rosyam Nor Untuk Shuib?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...