“Dia Dah Ceraikan Kedua-Dua Isteri” – Tash Yong Mengaku Dah Nikah Dengan Bosskay Di Luar Negara

Hiburan

“Dia Dah Ceraikan Kedua-Dua Isteri” – Tash Yong Mengaku Dah Nikah Dengan Bosskay Di Luar Negara

Pelakon Tash Yong akhirnya mendedahkan bahawa dia sudah bergelar isteri kepada pensohor media sosial kontroversi, Bosskay sejak bulan Ramadan yang lalu.

Menurut Tash, dia dan Bosskay ataupun nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz telah bernikah di luar negara dan akan mengadakan majlis resepsi pada bulan November ini.

Advertisement

Katanya lagi, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan itu kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

Alhamdulillah, syukur saya dan suami, Boss Kay sudah selamat bernikah pada Ramadan lalu. Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami dan tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan ini.

Maklum aktres itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk mendedahkan berita perkahwinan tersebut kerana sering memuat naik video dan foto bersama di media sosial.

Kami harap dengan pengakuan ini, semuanya sudah jelas. Mohon maaf juga kerana kami tidak berkongsi lanjut mengenai perkahwinan kerana ia urusan peribadi. Cukuplah kami sudah mengaku sudah bernikah dan sekarang suami isteri yang sah.

Sementara itu, Tash turut memberitahu bahawa suaminya sudah pun menceraikan kedua-dua isterinya dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, Bosskay pernah menimbulkan kontroversi apabila isterinya yang bernama Cik Pia yang mendakwa pensohor itu telah mengabaikan dia dan anak mereka yang baru berkahwin sepanjang perkahwinan.

Cat Farish Shikin Maembong
11 months ago

"Camni Ke Orang Tua Bercinta?" - Ucapan Cat Farish Buat Shikin Maembong Sempena Hari Lahir Curi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...