“Camni Ke Orang Tua Bercinta?” – Ucapan Cat Farish Buat Shikin Maembong Sempena Hari Lahir Curi Perhatian Netizen

Hiburan

“Camni Ke Orang Tua Bercinta?” – Ucapan Cat Farish Buat Shikin Maembong Sempena Hari Lahir Curi Perhatian Netizen

Penyanyi Cat Farish baru-baru ini dilihat menyambut hari kelahiran kekasih baru, Shikin Maembong di Instagram miliknya.

Kata-kata penghargaan manis dan ‘bersemut’ turut diucapkan Cat Farish kepada Shikin selain video momen-momen ketika mereka bersama juga dimuat naik untuk tatapan peminat.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Hari ini hari lahir untuk insan yang menyokong dan membantu perjalanan hidup saya abang Cat kucar Kacir.

Hadiah istimewa untuk hari lahirnya bukanlah hebat untuk mata-mata memandang. Hari lahir, Shikin Maembong disertakan doa khas buat dan semua yang membacanya, aminkan doa kami..

Cat dalam pada itu turut mendoakan agar Shikin dapat menjadi isteri dalam hidupnya dan sekaligus ibu kepada anak-anak mereka kelak.

Maklum dengan ucapan itu, Shikin tampil memberi respon terharu kepada Cat kerana menerima dirinya seadanya meskipun mempunyai banyak kekurangan.

Kata Shikin, Cat telah mengajarnya erti cinta sebenar dan berdoa agar cinta yang dibina kekal hingga ke syurga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan ini segera mendirikan rumah tangga.

Tidak kurang juga yang berasa ‘sengal’ dengan kemesraan yang ditunjukkan kerana dianggap terlalu ‘tua’ dan berumur untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaan di media sosial.

Abby Abadi
11 months ago

"Anwar Ibrahim Melekat Di Kepala Saya" - Abby Abadi Puji Filem PMX, Mohon Pengarah Terbit Episod Ke-2

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...