“Anwar Ibrahim Melekat Di Kepala Saya” – Abby Abadi Puji Filem PMX, Mohon Pengarah Terbit Episod Ke-2

Hiburan

“Anwar Ibrahim Melekat Di Kepala Saya” – Abby Abadi Puji Filem PMX, Mohon Pengarah Terbit Episod Ke-2

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menerusi TikTok dilihat memuji hasil karya filem Anwar : The Untold Story yang menterjemahkan kisah perjuangan Perdana Menteri ke-sepuluh itu.

Kata Abby, meskipun filem tersebut sedikit meleret dan tiada pengakhiran namun dia masih boleh memahami apa yang cuba disampaikan pengarah.

Advertisement

Maklumnya lagi, gandingan Farid Kamil dan Acha Septriasa sebagai Anwar dan Azizah sangat menyentuh hati selain meminta orang ramai di luar sana untuk datang menonton filem tersebut di pawagam.

Ceritanya lagi, dia merupakan peminat setia Anwar Ibrahim namun tidak mampu menonjolkan kepada umum kerana bimbang akan disekat daripada terlibat aktif dalam dunia hiburan.

Saya mengikuti perkembangan kes beliau, cuma saya tak mampu nak buat apa-apa sebab zaman itu kalau tak sokong kerajaan, artis kena banned.

Dipendekkan cerita, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim melekat dalam kepala saya.

Bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim ini juga meluahkan rasa teruja dan syukur apabila figura politik itu akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Abby juga berharap agar filem berkenaan disambung untuk terbitan naskah episod ke-2 pula memandangkan ceritanya seperti tidak mempunyai penamat.

Sekadar info, filem Anwar : The Untold Story telah mula ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu selain mencipta sejarah apabila mencatat RM1 juta kutipan tiket pada hari pertama ia ditayangkan.

yasmin hani dan aliff hadi
11 months ago

"Mesra Sangat Ni.."- Muat Naik Foto Berpelukan, Peminat Gesa Yasmin Hani Dan Alif Hadi Cepat Menikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...