Baru-baru ini, dunia hiburan digemparkan dengan khabar berita mengenai penyanyi veteran, Nd Lala mengahwini wanita lain yang jauh lebih muda darinya tanpa pengetahuan keluarga.
Hal itu didedahkan sendiri oleh isteri pertama penyanyi tersebut iaitu Fauziah Sarman di laman Instagram dan anak-anak perempuannya iaitu penyanyi popular Shila Amzah serta Syada Amzah turut memberi kenyataan mengenai isu tersebut.
‘Penyondol’ tersebut difahamkan kenalan rapat Shila Amzah tetapi sewaktu ditemubual oleh pihak Harian Metro, penyanyi itu menafi berkawan baik dengannya.
View this post on Instagram
Kata Shila, wanita yang sudah mengahwini Nd Lala itu memang rapat dengannya pada zaman sekolah dan sering tidur di rumah mereka.
Dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.
Tambahannya lagi, segala yang berlaku pada keluarganya ketika ini adalah ujian buat mereka dan menyifatkan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini.
Sekadar info, ‘penyondol’ bernama Siti Munirah Abd Ghani itu tidak asing dalam keluarga Shila dan sebelum ini, sering berkunjung ke rumah mereka ketika majlis keramaian.