Terdahulu, penyampai radio, Fizi Ali dilihat meninggalkan komen seperti mahu ‘mengorat’ di beberapa video milik seorang wanita dikenali sebagai Shahida di laman TikTok miliknya.
Menerusi video tersebut juga memaparkan beberapa keping gambar serta video mereka bersama serta disertakan dengan kapsyen yang mencurigakan orang ramai tentang status hubungan mereka berdua.
Bagi menjawab persoalan ramai, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, tidak ada sebarang isu pun tentang video tersebut kerana mereka berdua hanya bergurau dan tidak serius.
Video di TikTok tu mungkin ada yang dah salah faham. Itu adalah kawan saya sebenarnya. Takde isu pun pasal saya nak try dia.
Jelas Fizi, dia turut berasa kasihan kepada rakannya itu kerana disebabkan gurauan antara mereka menjadi tular dan dikecam teruk oleh netizen.
Tak sangka benda ni boleh viral sampai sampai orang kutuk dia, kata tak setanding dengan ex-wife saya, tak baik la cakap macam tu.
@cyidashahida Reply to @fiziali ayah saya kata oke ? #fyp #foryou #ditaja #esekeli
Lebih menyedihkan, Fizi memaklumkan bahawa ada juga segelintir netizen yang mengatakan bahawa Shahida menjadi punca dia bercerai dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga bersama bekas isterinya iaitu pelakon, Syakilla Khoriri.
Ditanya mengenai netizen yang melabel dirinya sebagai seorang yang mudah untuk mencari pengganti, Fizi mempertahankan dirinya.
Jodoh itu kan di tangan Tuhan, kalau Tuhan kata tak boleh, tak tahan jugak. So kita tak boleh nak cakap orang tu cepat atau lambat move on.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.