Foto yang dimuat naik oleh akaun Facebook sebuah tempat pengajian agama di Kelantan telah mencuri perhatian ramai warganet selepas ia mempamerkan keadaan salah seorang pelajar mereka yang duduk di kerusi menantikan kehadiran ahli keluarga.
Bukan anak yatim piatu, tapi…
Menerusi foto yang tular di Facebook, dia merupakan salah seorang pelajar Maahad Tahfiz Al Quran AlUzma Lilaitam dan ketika waktu itu dia sedang duduk termenung seolah-olah menanti dirinya dijemput pulang oleh ahli keluarga.
Lebih menyedihkan, menurut pihak sekolah rakan-rakannya yang lain sudah menikmati cuti sekolah dan telah dijemput pulang oleh keluarga mereka.
Terpaksa tinggal kerana tiada yang peduli. Dia bukan anak yatim piatu, tapi ibu bapa dan penjaga tak dapat dikesan dan dihubungi.
Ada yang mahu ambil jadi anak angkat
Menerusi ruangan komen, seorang individu memuat nak tangkap layar mempamerkan perbualannya dengan pihak tahfiz tersebut di mana dia menyatakan niat mahu menjadikan pelajar tersebut sebagai anak angkatnya.
Difahamkan, ibu kanak-kanak tersebut sudah lama tidak mengambil tahu tentangnya dan si bapa sahaja yang sering datang melawat namun lama kelamaan dia juga menghilang.
Jika diizinkan, saya dengan rendah hati ingin menjadikan dia anak angkat saya.
Hantaran itu telah meraih perhatian ramai warganet serta mengundang sebak dan sehingga kini ia sudah mendapat lebih 4,000 perkongsian di laman sosial Facebook.
Sementara itu, di ruangan komen pula ramai yang sebak membayangkan kesedihan yang dirasai pelajar tersebut tatkala tiada rakan-rakan di sekelilingya kerana sudah pulang meluangkan masa bersama keluarga.