Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang menghadiri satu majlis ilmu dengan berpakaian serba hitam menutup auratnya dengan rapi sehingga membuatkan ramai yang kagum melihat penghijrahannya.
Malah, perubahan yang ketara itu bukan sahaja dapat dilihat dari segi pemakaiannya, bahkan pelakon Istanbul Aku Datang itu turut dilihat tidak lagi memakai makeup diwajahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji usaha yang dilakukan oleh Lisa untuk berhijrah ke arah kebaikan dan ada juga yang berterima kasih kepada suaminya iaitu pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim kerana membimbing isterinya dengan baik.
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Mstar, Yusry menjelaskan bahawa penghijrahan isterinya selama ini adalah atas kehendak sendiri selepas mereka pulang menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu.
It’s all her, itu apa yang dia mahu, there’s no point kalau you buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT. Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?
Menurut Yusry, Lisa melakukan penghijrahan itu kerana Allah SWT dan bukan disuruh atau dipaksa olehnya.
Jadi itu yang dia nak dan dia buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata… eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu.
Malah, Yusry turut memaklumkan bahawa pilihan isterinya untuk mengurangkan penglibatan dalam bidang lakonan juga bukan arahan darinya.
I don’t want to take credit for benda yang bukan I buat macam ‘oh Yusry bagus la pandai jaga isteri‘. Saya merestu, apa yang dia nak saya tidak melarang.
Dalam pada itu, pengarah filem Juang itu berkata penghijrahan bukan sesuatu yang boleh dibuat main, dipaksa-paksa atau dibuat-buat, malah perubahan itu datang dengan sendirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.