Sepertinya kemelut rumah tangga di antara Zarina Anjoulie dengan bekas suami, Eilyas Azhar masih belum lagi menemui noktahnya.
Setelah diam seketika selepas mengumumkan penceraian kali kedua sebulan yang lalu, Zarina ataupun Anju mendedahkan pelbagai bukti bagi menolak dakwaan bahawa dia telah menfitnah Eilyas di laman Instagram miliknya.
Menerusi entri itu, pelakon wanita itu mendedahkan bahawa bekas suaminya itu meminta wang sejumlah RM10,000 bagi melafazkan talak buat Anju.
Menurut Anju, segala tindakan pastinya lelaki itu memerlukan wang lantas menggunakan helah tersebut untuk ‘memancing’ lelaki itu untuk melafazkan cerai terhadapnya.
Malah wanita itu berkongsi bahawa tangkapan skrin itu merupakan salah satu bukti yang diserahkan kepada pihak polis bagi urusan mahkamah.
Lebih mengejutkan apabila Anju turut berkongsi laporan polis di mana dia mendakwa Eilyas mengaibkan dirinya dengan bertindak memanjat rumah semata-mata mahu mengambil gambarnya dalam keadaan aib. Malah, bekas suaminya turut mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan.
Anju juga meminta pengikutnya agar menimbal balik sebab Eilyas berhenti membuat hantaran mengatakan dirinya difitnah. Kata Anju, ini kerana lelaki itu sudah buntu selepas dia membongkarkan segala bukti ini untuk tatapan umum.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap Yas selain mendoakan agar Anju kembali menemui bahagianya dan dapat menyelesaikan isu ini dengan adil.
Semoga bertabah Anju.