Susulan teguran daripada pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun mengenai skrip yang dilontarkan dalam drama Surat Dari Tuhan didakwa melampau dan tidak sesuai, pelakon Janna Nick difahamkan ada menghantar mesej peribadi kepada pendakwah itu di media sosial.
Maklum Asma’, Janna telah menghantar mesej kepadanya dan memuji aktres tersebut kerana bijak mengurus konflik.
Saya terima DM di Instagram daripada Janna, dia mengirimkan mesej dengan baik dan berhemah. Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna.
Dalam keadaan sedang tertekan dengan apa yang berlaku, dia masih boleh menulis dan menyusun kata yang sangat berhemah dengan saya.
Ustazah Asma’ juga ada berkongsi perbualan antara dia dan Janna di Instagram.
Janna pun ada mendoakan saya semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa, seorang hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa dia menegur secara terbuka dan lebih kepada tenaga produksi drama berkenaan dan bukannya dituju kepada pelakon itu semata-mata.
Terdahulu, Asma’ ada menegur pihak produksi yang meletakkan skrip melampau ketika melakukan penggambaran di tanah suci iaitu berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.