“Dia Akan Datang Teman Saya Nanti” – Bertanding GV10 Lagi, Bella Astillah Sentiasa Jaga & Ikut Aliff Aziz Kemana Saja

Hiburan

“Dia Akan Datang Teman Saya Nanti” – Bertanding GV10 Lagi, Bella Astillah Sentiasa Jaga & Ikut Aliff Aziz Kemana Saja

Penyanyi dan juga pelakon, Aliff Aziz memaklumkan bahawa isteri tersayang, Bella Astillah akan menemaninya dalam pertandingan nyanyian All Stars Gegar Vaganza edisi ke-10 yang akan bermula pada 24 September ini.

Ujar Aliff, isterinya itu akan menjaga kebajikan dirinya dan sering berpesan supaya dia menjaga kesihatan mulai sekarang sebagai persiapan awal.

Advertisement

Insya-Allah Bella akan datang teman saya nanti. Bella kata, dia pun sangat teruja dengan penglibatan saya kali ini.

Dia juga ada pesan supaya jaga kesihatan dan ‘put in the work’ sebab tiada jalan singkat untuk berjaya.

Dalam pada itu, dia menganggap penyertaannya dalam GV10 kali ini sebagai satu penghargaan kerana dapat bertanding sebaris dengan nama-nama besar seperti Jaclyn Victor, Aishah dan ramai lagi.

Saya hendak cuba berikan yang terbaik dan enjoy dengan persembahan saya nanti. Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang mempunyai versi lebih baik daripada sebelum ini.

Sekadar info, Gegar Vaganza edisi kali ini menyaksikan pertandingan nyanyian antara juara setiap musim sebelum ini.

Antara yang bertanding, Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu & Hadi Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Haneesya Hanee
8 months ago

"Korang Yang Viral Jangan Kaitkan Saya" - Netizen 'Flashback' Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik, Haneesya Hanya Mampu Ketawa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...