Penyanyi dan juga pelakon, Aliff Aziz memaklumkan bahawa isteri tersayang, Bella Astillah akan menemaninya dalam pertandingan nyanyian All Stars Gegar Vaganza edisi ke-10 yang akan bermula pada 24 September ini.
Ujar Aliff, isterinya itu akan menjaga kebajikan dirinya dan sering berpesan supaya dia menjaga kesihatan mulai sekarang sebagai persiapan awal.
Insya-Allah Bella akan datang teman saya nanti. Bella kata, dia pun sangat teruja dengan penglibatan saya kali ini.
Dia juga ada pesan supaya jaga kesihatan dan ‘put in the work’ sebab tiada jalan singkat untuk berjaya.
Dalam pada itu, dia menganggap penyertaannya dalam GV10 kali ini sebagai satu penghargaan kerana dapat bertanding sebaris dengan nama-nama besar seperti Jaclyn Victor, Aishah dan ramai lagi.
Saya hendak cuba berikan yang terbaik dan enjoy dengan persembahan saya nanti. Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang mempunyai versi lebih baik daripada sebelum ini.
Sekadar info, Gegar Vaganza edisi kali ini menyaksikan pertandingan nyanyian antara juara setiap musim sebelum ini.
Antara yang bertanding, Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu & Hadi Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.