“Dia Adalah..” – Puteri Sarah Liyana Mengaku ‘Rapat’ Dengan Pelakon Indonesia

Hiburan

“Dia Adalah..” – Puteri Sarah Liyana Mengaku ‘Rapat’ Dengan Pelakon Indonesia

Beberapa hari lalu, Puteri Sarah ada mencetuskan spekulasi gara-gara dia memuat naik satu hantaran foto memaparkan tangan jejaka misteri di Instagram.

Maklum dengan gosip-gosip yang bertebaran dalam kalangan peminat itu, Puteri Sarah akhirnya mendedahkan siapakah sebenarnya ‘jejaka’ di Instagramnya itu.

Advertisement

Kata Puteri Sarah, lelaki berkenaan adalah pelakon Indonesia, Andi Arsyil Rahman,36, di mana dia juga bergelar ahli perniagaan.

Namanya Andi Asyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung.

Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaanya. Kebetulan, kami juga memang ada minat yang sama.

Mengenai status Andi pula, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia masih bujang dan sebagai wanita, dia tidak akan sesekali berkawan rapat dengan kepunyaan orang.

IG PSSumber : Instagram  

Takkan saya nak kacau orang punya. Mestilah dia masih bujang.

Terdahulu, Puteri Sarah akhirnya menamatkan status isteri kepada pengarah Syamsul Yusof setelah kedua-duanya sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah boyfriend baru
8 months ago

"Start Dari Promo.." - 'Post' Foto Tangan Lelaki, Pelakon Indonesia Pilihan Puteri Sarah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...