Penyanyi, Amir Jahari mendedahkan perangai buruk seorang selebriti terkenal yang menyebabkan beberapa tawaran persembahannya dibatalkan.
Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, ia merupakan peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakannya namun enggan mendedahkan nama artis tersebut.
Ada pengaruh besar dalam industri
Tambahnya, artis itu mempunyai pengaruh yang besar dalam industri hiburan dan ia memudahkannya untuk mencantas tawaran persembahan penyanyi lain di saat-saat akhir.
Ujar Amir lagi, perkara tikam belakang dan ‘sailang’ job itu sudah lama berlaku kepadanya malah sejak lagu Tanpamu nyanyiannya itu diterbitkan dahulu.
Saya dapat tawaran menjayakan persembahan dan penganjur memang mahu saya nyanyi. Tapi kerana artis B ini tahu saya akan buat persembahan dan dia kenal klien program, persembahan saya dibatalkan saat akhir untuk digantikan dengannya.
Bukan setakat isu ‘sailang’ job
Bukan hal ‘sailang’ job sahaja, namun pernah berlaku juga insiden di mana usahanya mendidik dan menggilap bakat penyanyi muda tidak dihargai.
Saya pernah asah bakat seorang artis ni. Saya jumpa dia dulu, cuma saya tak pernah cakap dia artis rakaman kerana saya tiada syarikat label.
Tapi kemudian ada satu label rakaman ambil artis ini dan buat pengakuan kononnya mereka yang jumpa artis ini dahulu.
Amir atau nama penuhnya Mohamad Amirullah Jahari berkata banyak lagi situasi yang tidak adil dihadapi olehnya sepanjang bergelar penyanyi.
Selain rakan artis, ada juga insiden yang dilalui oleh pelantun lagu Hasrat tersebut yang melibatkan hak komposer dan penulis lirik.