Pelawak dan personaliti TV, Nabil Ahmad tampil membuat penjelasan gara-gara kecaman yang diterimanya akibat gurauan ditujukan buat Mamat Exist ketika minggu pertama program Gegar Vaganza (GV) All Star hujung minggu lalu.
Ujar Nabil, gurauan itu sebenarnya telah disalah erti oleh sesetengah netizen sehingga ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif.
Ditempat yang tinggi itu maksud saya dia seorang lagenda. Dia dah berada di satu tahap yang lebih tinggi. Selepas dia masuk GV, nama dia kembali naik dan orang suka dengan dia. Kemudian ada buat persembahan di Istana Budaya.
Masa di Istana Budaya itu yang saya rasa macam wow. Saya sebelum ini tak pernah ada peluang untuk bekerja dengan abang Mamat. Betul-betul saya nampak dia seperti seorang legend.
Dia dalam pada itu sempat menasihatkan netizen agar sentiasa berfikiran yang baik-baik tentang sesuatu perkara.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Orang yang sering menyalah tafsir ni, dia kena husnuzon. Apa orang cakap dia sepatutnya tidak ambil negatif. Kita kena husnuzon, apa-apa yang kita dapat tu kena husnuzon.
Meskipun dikecam, Nabil tidak mengambil hati dan terbuka dengan pendapat netizen.
Nak cakap apa pun cakaplah tak ada masalah, saya okay, janji kita tahu apa yang kita buat.
Terdahulu, hos GV All Star iaitu Nabil, Jihan dan Elly Mazlein ada berseloroh mengenai ketiadaan Mamat sebagai peserta program itu bagi edisi kali ini.
Kata Nabil, Mamat tidak menyertai GV All Star kerana berada di tempat yang lebih ‘tinggi’ sebelum disahut Jihan yang mengatakan penyanyi itu sedang ‘hiking’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.