Semakin menghampiri minggu akhir, semakin banyak kritikan yang diterima oleh program realiti terkenal, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang dikatakan memilih kasih dan tidak jujur dalam penilaian markah peserta.
Selepas siaran langsung program tersebut baru-baru ini, ramai netizen di media sosial mempersoal kredibiliti para juri dalam memberi markah kepada barisan peserta. Kata mereka, kelihatan seperti juri-juri ini memilih kasih meskipun itu merupakan sesuatu yang salah dalam sebuah pertandingan.
Minggu depan kita dah tahu siapa yang tersingkir sebab dah tahu siapa kesayangan mereka.
Di manakah ketelusan penjurian?
View this post on Instagram
Berdasarkan sumber, kelihatan rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan tindakan pihak produksi terhadap pemilihan peserta yang tersingkir dan yang masih bertanding. Ada yang sepatutnya tersingkir tak tersingkir ujar mereka.
Barisan juri yang terdiri dari Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz serta pihak produksi didakwa mengadili pertandingan itu berdasarkan favoritism.
Pada masa yang sama, warganet juga berkata program itu tidak patut diteruskan sekiranya sudah mempunyai senarai nama finalis tanpa perlu melalui proses pertandingan yang sepatutnya.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.