“Yang Suruh Cancel, Orang Yang Tak Beli Tiket” – Banyak Pihak Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan, Ini Respon Ramli MS

Hiburan

“Yang Suruh Cancel, Orang Yang Tak Beli Tiket” – Banyak Pihak Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan, Ini Respon Ramli MS

Baru-baru ini, ramai pihak menggesa agar konsert kumpulan antarabangsa, Coldplay yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur tidak lama lagi dibatalkan segera.

Memberi pandangan mengenai isu tersebut, maestro muzik hebat, Datuk Ramli MS berkata penelitian perlu dilakukan jika ingin konsert mega itu betul-betul dibatalkan.

Advertisement

Actually yang suruh cancel, orang yang tak beli tiket.

Alasan Datuk Ramli MS atau mesra dipanggil sebagai Tok Ram suruh penelitian dilakukan kerana ia berkait rapat dengan banyak pihak seperti band, penaja dan sebagainya.

Sekadar info, antara yang menentang konsert Coldplay ini dilakukan adalah Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

BACA: “Dosa Pengabaian Akan Dipersoal” – Ulama ISMA Desak Konsert Coldplay Dibatalkan, Hormat Rakyat Palestin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak